PiKa sAyang Kamu.

Friday, January 13, 2012

Tinggal satu paper jer lagi..

Assalammualaikum..

Yehaaaaaaaaaaa.......

tinggal satu paper jer lagi, jika tamat paper ini, maka tamat lah semester 2 dan akan menuju ke semester 3.. u can do it pika... 

tanggal 16 january 2012 maka berakhir lah sesi semester 2, dan aku akan menjadi senior kot... heheheh... walaupape pun batch aku dah dapat nama GALAXY, tidak lagi dipanggil nganga...

x kisah lah org nak ckp kami ni Power Rangers Galaxy ke, Galaxy Tab ke, Samsung Galaxy ke, yg penting Galaxy tu adalah paling tinggi di alam semester... hehehehh... harap2 lah kami pun dapat capai tahap tertinggi tu..hehehe

Kenangan sem 2 akan ku kenang sampai bila2 dan kenangan sem 3 bakal menjelma...


Tuesday, January 10, 2012

10 Cara Happy Selalu.



1. Jadi miss atau Mr Foto. Rakamlah setiap detik-detik indah dalam hidup anda.
2. Bangun awal pagi dan sentiasa ceriakan harimu.
3. Susun atur meja makan pada hari-hari istimewa supaya ia berlainan dengan hari-hari biasa.
4. Berkumpul dengan teman-teman lama, dan mengingat semula kisah-kisah lama.
5. Menyanyi lagu kegemaran anda.
6. Kenakan pakaian berwarna cerah pada hari isnin, supaya dapat mengembalikan mood bekerja/belajar anda setelah bercuti.
7. Mainkan muzik kegemaran anda.
8. Keluar makan malam bersama insan istimewa, dan sekali sekala anda belanja mereka.
9. Berjalan/ Berjogging di tepi tasik sambil menikmati keindahan alam.
10. Sentiasa TERSENYUM, ia dapat mengembalikan mood anda dan juga mood orang yang melihat anda senyum.

Disediakan Oleh:

Friday, January 6, 2012

Fakta-fakta tentang CINTA..

cinta?? apa itu cinta.. disini ada 8 fakta menarik tentang cinta..


1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).



2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila 

6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.






Selamat Datang 2012 (Welcome 2012)

Selamat Datang 2012, walaupun tarikh entry ini dipostkan pada 6 January 2012, masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan happy new year.. 

Harapan tahun ini adalah Semoga Tahun 2012 ini memberi tuah kepada aku dan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Jika rakan-rakan yang terdekat melihat aku berbeza dari tahun lepas, ini adalah kerana perubahan yang berlaku atau ayat lebih mudah ialah azam tahun baru nak berubah.

HAPPY NEW YEAR..

Saturday, December 3, 2011

Boria Pulun by AT43

Menariknya kami rakan sekelas, kami boleh bersukan dan juga menari walaupun masing2 keras macam kayu, Walau apapun kami berbangga dengan persembahan yang dilakukan walaupun kami mendapat tempat ke 3 dari 5 kumpulan.. TOP 3 jugak tu...hehhehe... 





Friday, November 25, 2011

MegaBuli...


Walaupun video ni dah lama berlaku, tetapi aku tetap nak post jugak kat blog aku, ini bukan video seram, ataupun video kene tangkap khalwat ke, atau video yg ngeri ke... Tetapi ini video pengakuan umum..ala2 artis tu..huhuhu... Kami di buli oleh ahli kelab kami sendiri iaitu Kelab Bola Baling UPSI... 






Harap hubungan yang terjalin di antara kami berkekalan.. AMIN.. Saya sayang awak DRSPORT MADIOZA.. Sambungan dari video ni, cari sendiri kat Youtube...

Gymnastrada yg tiada training...


Banyak keilapan yang aku lakukan, gara2 x cukup masa untuk training.. Aku mintak tarik diri, kwn2 kelas ckp masuk jer, follow jer.. So, hentam saja lah Pika..ape2 pun memang best.....hehehhe