PiKa sAyang Kamu.

Friday, January 13, 2012

Tinggal satu paper jer lagi..

Assalammualaikum..

Yehaaaaaaaaaaa.......

tinggal satu paper jer lagi, jika tamat paper ini, maka tamat lah semester 2 dan akan menuju ke semester 3.. u can do it pika... 

tanggal 16 january 2012 maka berakhir lah sesi semester 2, dan aku akan menjadi senior kot... heheheh... walaupape pun batch aku dah dapat nama GALAXY, tidak lagi dipanggil nganga...

x kisah lah org nak ckp kami ni Power Rangers Galaxy ke, Galaxy Tab ke, Samsung Galaxy ke, yg penting Galaxy tu adalah paling tinggi di alam semester... hehehehh... harap2 lah kami pun dapat capai tahap tertinggi tu..hehehe

Kenangan sem 2 akan ku kenang sampai bila2 dan kenangan sem 3 bakal menjelma...


Tuesday, January 10, 2012

10 Cara Happy Selalu.



1. Jadi miss atau Mr Foto. Rakamlah setiap detik-detik indah dalam hidup anda.
2. Bangun awal pagi dan sentiasa ceriakan harimu.
3. Susun atur meja makan pada hari-hari istimewa supaya ia berlainan dengan hari-hari biasa.
4. Berkumpul dengan teman-teman lama, dan mengingat semula kisah-kisah lama.
5. Menyanyi lagu kegemaran anda.
6. Kenakan pakaian berwarna cerah pada hari isnin, supaya dapat mengembalikan mood bekerja/belajar anda setelah bercuti.
7. Mainkan muzik kegemaran anda.
8. Keluar makan malam bersama insan istimewa, dan sekali sekala anda belanja mereka.
9. Berjalan/ Berjogging di tepi tasik sambil menikmati keindahan alam.
10. Sentiasa TERSENYUM, ia dapat mengembalikan mood anda dan juga mood orang yang melihat anda senyum.

Disediakan Oleh:

Friday, January 6, 2012

Fakta-fakta tentang CINTA..

cinta?? apa itu cinta.. disini ada 8 fakta menarik tentang cinta..


1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).



2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila 

6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.






Selamat Datang 2012 (Welcome 2012)

Selamat Datang 2012, walaupun tarikh entry ini dipostkan pada 6 January 2012, masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan happy new year.. 

Harapan tahun ini adalah Semoga Tahun 2012 ini memberi tuah kepada aku dan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

Jika rakan-rakan yang terdekat melihat aku berbeza dari tahun lepas, ini adalah kerana perubahan yang berlaku atau ayat lebih mudah ialah azam tahun baru nak berubah.

HAPPY NEW YEAR..

Saturday, December 3, 2011

Boria Pulun by AT43

Menariknya kami rakan sekelas, kami boleh bersukan dan juga menari walaupun masing2 keras macam kayu, Walau apapun kami berbangga dengan persembahan yang dilakukan walaupun kami mendapat tempat ke 3 dari 5 kumpulan.. TOP 3 jugak tu...hehhehe... 





Friday, November 25, 2011

MegaBuli...


Walaupun video ni dah lama berlaku, tetapi aku tetap nak post jugak kat blog aku, ini bukan video seram, ataupun video kene tangkap khalwat ke, atau video yg ngeri ke... Tetapi ini video pengakuan umum..ala2 artis tu..huhuhu... Kami di buli oleh ahli kelab kami sendiri iaitu Kelab Bola Baling UPSI... 






Harap hubungan yang terjalin di antara kami berkekalan.. AMIN.. Saya sayang awak DRSPORT MADIOZA.. Sambungan dari video ni, cari sendiri kat Youtube...

Gymnastrada yg tiada training...


Banyak keilapan yang aku lakukan, gara2 x cukup masa untuk training.. Aku mintak tarik diri, kwn2 kelas ckp masuk jer, follow jer.. So, hentam saja lah Pika..ape2 pun memang best.....hehehhe



Monday, October 31, 2011

Apabila kasut ku terlalu banyak...


Kasut pertama ku..


Kasut kedua ku.


Kasut ketiga ku..


i LOve NIKE...


Converse pun ada jugak..


Kesimpulan nya ini lah koleksi kasut ku di Tanjong Malim... Di KG halaman ku belum campur lagi..




Sunday, October 9, 2011

All About Love By Cik Fika.

1. Percintaan adalah sesuatu yang menyeronokan apabila si dia menyatakan bahawa anda seorang sahaja miliknya, dan berjanji akan menjaga mu.



2. Sentiasa berkongsi rahsia, Jika kamu berkongsi rahsia dengan si dia pasti si dia merasakan dirinya adalah amat penting dalam hidup mu.

3. Jika si dia melakukan kesilapan, jangan sesekali anda merendah-rendahkanya. anda seharusnya memberi sokongan kepadanya.



4. Jangan malu untuk memberi mesej menyatakan bahawa anda amat rindu kepadanya. Dengan satu mesej boleh mengeratkan lagi hubungan anda dengan si dia.



5. Jangan lah terlalu rasa kecewa jika si dia melakukan kesilapan kecil atau mengabaikan anda seketika, mungkin si dia perlukan ruang untuk bersendirian.

6. Si Dia amat gembira jika anda mengingati setiap tarikh2 penting dan melakukan kejutan kepadanya, seperti hari jadinya, hari ulangtahun percintaan dan lain2.

7.Jangan lah menganggap si dia dapat membaca setiap inci hatimu, belajarlah untuk berterus terang, jika ada yang tidak puas hati.



8. Dengan menghantar mesej mengucapkan "selamat pagi" atau " selamat malam. dapat mengeratkan lagi hubungan anda, ini kerana apabila si dia bangun pagi, dan melihat hp nya, si dia akan berasa gembira kerana anda orang pertama yang menghantar mesej, begitu juga malam.



9. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa pun, ini kerana si dia akan menganggap anda menyukai orang lain berbanding dia.

10. Hormati lah si dia, dan sayangi lah si dia.. 



Kesimpulanya: Terima lah si dia seadanya, jangan lah sedikit pun berasa menyesal apabila bercinta dengan dia.



By:



Thursday, October 6, 2011

Happy Birthday to you..

Happy Birthday to you.. 5.10.2011... 


Celebrate birthday kat tempat jual ayam seperti gambar di atas... (paham2 lah sendiri kat mana) hehhehe


dengan cake ni.... nyum2..hehehehe... secret recipe sponsor..



HAPPY BIRTHDAY TO YOU MR. Madioza..


With love:


Tuesday, October 4, 2011

Apabila AT43 Bergembira.

Kami bergembira..


Uniknya kami..


Warna kehidupan Cik Fika


Hasil edit oleh Cik Fika Menggunakan adobe photoshop.


By:




Sunday, October 2, 2011

Edit by Mr Madioza...


Credit to my beloved Bee..hehhehe

By:

Hati manusia siapa yang tahu.

Kita x tahu hati manusia ni mcm mane, sedangkan hati kita sendiri pun kita belum menguasai sepenuhnya, ni kan pulak hati rakan kita sendiri..

Tapi walaupun kita tidak dapat memahami hati rakan kita atau pun sesiapa pun, kita perlu menjaga hati mereka. Begitu juga dengan hati kita sendiri, kita perlu menjaga hati kita dengan sentiasa berfikiran positif..

Kadang-kadang ada hikmah disebalik melukai hati org dan kadang2 ia agak melampau jika melukai hati org. Contohnya : memalukan seseorang di depan khalayak ramai, x ke terluka hati mangsa tersebut.. mungkin hikmahnya nak menyedar kan mangsa itu agar lebih bertanggungjawab, tetapi agak terlampau jika di depan khalayak ramai. OMG jika aku berada di tempat tersebut kompem dah kecewa..

Di sini aku ingin menegaskan bahawa setinggi mane pun pelajaran mu, sejauh mane pun kamu mengembara, dan sebanyak mana pun pengalaman mu.. Kita semua ade hati dan perasaan, dan jangan cuba2 nak memalukan sesiapa mahupun melukai hati sesiapa di khalayak ramai. Jika kita mahu orang hormat kita, kita perlu hormat org dulu dan buat lah keputusan sebaik mungkin jangan pulak sudah buat keputusan kemudian menyesal dengan keputusan yang dibuat.

Dua hati menjadi satu..

Kumbang mengeluarkan cincin dari poketnya... Si bunga terkejut beruk gak, coz x sangke perkara tu akan berlaku..

Kumbang : sudi x u?

Bunga : ape ni?? sudi ape??

Kumbang : sudi x u jadi gf i ?

Bunga pun menghuurkan jari and kubang menyarungkan nya, apa tandanya tu kalau bunga dah hulurkan jari tu.. Paham2 lah sendiri... 

Kumbang..


Bunga..


p/s dari bunga : bunga tidak kisah ape org nak kate mengenai bunga, yang penting bunga sedang mencari yang terbaik untuk diri bunga, bukan niat nak mempermainkan perasaan sesiapa, tetapi bunga berserah pada jodoh..



Friday, September 30, 2011

Apabila Cik Fika Bosan


Bilik Cik Fika di KHAR...


Kompem tidur lena...


Katilku yang selesa...hahhah


Bilik ku...


Ini lah hasilnya apabila cik fika tgh bosan, dan meluangkan masa dengan melakukan kerja2 kreatif...hahhaha



Ampunkan aku..

Ampunkan aku jika engkau bukan pilihan ku. Mungkin ade yang lebih baik untuk mu. Aku mencari yang terbaik untuk ku, jika kau bukan pilihan ku tidak bermakne kau tidak baik tetapi mungkin ada beribu sebab kenapa kau bukan pilihan ku.. 


Kau terlalu baik untuk ku.. Please forgive me...

Monday, September 26, 2011

Alangkah bagusnya...

   Perempuan ini di umpamakan sebagai tisu, kerana hati perempuan mudah tersentuh, jadi kaum lelaki di luar sana jaga lah hati perempuan seperti mana kamu menjaga hati ibu mu. Apa yang kita dapat lihat sekarang.

   Sebelum bercinta, lelaki akan berusaha untuk dapatkan perempuan yang dia minati, tidak kira apa pun yang berlaku dia tetap akan usaha dapatkan perempuan tu. 

   Awal bercinta, semuanya indah, bagai dunia ni milik mereka lah.. berkepit bagai berlangkas. Pantang sakit sikit terus belikan ubat. Hp melekat kat tangan lagi, sentiasa buat laporan..heheheh

   5-6 bulan bercinta, Hp entah kemana, ubat entah kemana, bila ajak pergi makan jer, sejuta alasan diberinya..

   Kalau kawin x taw lah mcm mane kan kan...

P/s: Bagi aku, aku nak cari pasangan yang sebelum bercinta sampai ke akhir hayat gembira, mesra, dan romantik selalu...Bahagianya hidup kalau jmp lelaki mcm ni.. Romantik pun kene pada caranya lah... jgn lah romantik yang serabot..hehehe..

Friday, September 23, 2011

Kehidupan ku...


Aku..


Keseronokan ku..


Hari raya ku...


Kucingku..


Semangatku..


Kemeriahanku..


Walau apapun terjadi hidup mesti diteruskan..






Tuesday, September 20, 2011

Luahan Hati Yang Lara

Ini adalah luahan hatiku yang sedang lara.. Tidak ada kene mengene dgn sesiapa pun.


Who Love You??  Adakah anda pasti org yang anda sayang itu benar2 sayang anda atau sekadar nafsu ingin menghilangkan kesunyian diri. Maksud orang disini adalah kekasih hati yang kita sentiasa berkepit ke sana ke mari tu adalah cinta sejati yang kita cari selama ini.

Mungkin Ya dan mungkin juga Tidak.. Bagi aku cinta yang aku cari selama ni belum ditemui, sebab ape, sebab aku bukan cari cinta berdasarkan nafsu mahupun harta, tetapi ape yang aku cari cinta yang berdasarkan hati dan perasaan, malah hati dan perasaan tidak cukup jika hanya sebelah pihak sahaja, ibarat bertepuk sebelah tangan x kan berbunyi..

Aku tidak mengharap cinta itu datang dengan cepat, apa yang aku harap, masing2 mengenal hati budi dan tiada paksaan dalam percntaan. Kalau cinta berdasarkan paksaan pun x kan jadi, sebab apa, sebab cinta  berdasarkan paksaan ini bukan lah cinta sejati.

Aku percaya pada cinta pandang pertama.. sebab apa, sebab aku mengalami nya.. walau sejuta mana lelaki yang datang dalam hidup aku, aku tetap mengejar pada cinta pandang pertama aku.. Tapi org kata cinta pandang pertama tu x bermakna itu jodoh kita.. aku redha dengan ketentuan tuhan.. 


Aku sayang cinta pandang pertama aku. Walaupun aku tahu dia belum tentu milikku.

Tuesday, September 13, 2011

Hatimu Milikku.. Dedicate this song to someone..


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku
Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini