PiKa sAyang Kamu.

Sunday, October 9, 2011

All About Love By Cik Fika.

1. Percintaan adalah sesuatu yang menyeronokan apabila si dia menyatakan bahawa anda seorang sahaja miliknya, dan berjanji akan menjaga mu.



2. Sentiasa berkongsi rahsia, Jika kamu berkongsi rahsia dengan si dia pasti si dia merasakan dirinya adalah amat penting dalam hidup mu.

3. Jika si dia melakukan kesilapan, jangan sesekali anda merendah-rendahkanya. anda seharusnya memberi sokongan kepadanya.



4. Jangan malu untuk memberi mesej menyatakan bahawa anda amat rindu kepadanya. Dengan satu mesej boleh mengeratkan lagi hubungan anda dengan si dia.



5. Jangan lah terlalu rasa kecewa jika si dia melakukan kesilapan kecil atau mengabaikan anda seketika, mungkin si dia perlukan ruang untuk bersendirian.

6. Si Dia amat gembira jika anda mengingati setiap tarikh2 penting dan melakukan kejutan kepadanya, seperti hari jadinya, hari ulangtahun percintaan dan lain2.

7.Jangan lah menganggap si dia dapat membaca setiap inci hatimu, belajarlah untuk berterus terang, jika ada yang tidak puas hati.



8. Dengan menghantar mesej mengucapkan "selamat pagi" atau " selamat malam. dapat mengeratkan lagi hubungan anda, ini kerana apabila si dia bangun pagi, dan melihat hp nya, si dia akan berasa gembira kerana anda orang pertama yang menghantar mesej, begitu juga malam.



9. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa pun, ini kerana si dia akan menganggap anda menyukai orang lain berbanding dia.

10. Hormati lah si dia, dan sayangi lah si dia.. 



Kesimpulanya: Terima lah si dia seadanya, jangan lah sedikit pun berasa menyesal apabila bercinta dengan dia.



By:



No comments:

Post a Comment